TEMPAHAN


<DARI BUKU LOG>
Terdapat pelbagai acara, mesyuarat, dan juga perjumpaan yang diadakan di dewan, dan juga bilik-bilik mesyuarat di Hospital Pakar Tawakkal yang memerlukan penggunaan komputer, projektor, mahu pun perkakasan lain seperti televisyen, printer, mikrofon, dan sebagainya. Oleh kerana terdapat jumlah perkakasan yang terhad di IT Services untuk penggunaan ini, satu sistem tempahan awal telah diwujudkan.
Sistem tempahan ini telah diwujudkan untuk mengelakkan pertindihan permintaan perkakasan. Pengguna yang ingin menggunakan apa-apa perkakasan dari IT Services perlu menempah 1 hari lebih awal, supaya kakitangan tidak kekurangan perkakasan semasa meletakkannya di lokasi yang diminta.
Pada awalnya, tempahan perkakasan dan dewan menggunakan buku log yang perlu disemak dan dilihat setiap hari. Namun pada hari ini, sistem kalender telah diadaptasi di mana pengguna boleh melihat sendiri tarikh, masa, dan lokasi tempahan perkakasan di masa nyata.
kaedah
1. Melalui telefon
- Untuk tempahan dewan atau bilik mesyuarat, tempahan perlu dibuat atas nama Pn. Azura di jabatan Pentadbiran.
- Ketika tempahan ini dibuat, boleh juga disebutkan untuk membuat tempahan makanan dan juga peralatan komputer yang hendak digunakan.
- Setelah tempahan dibuat, Pn. Azura akan mengisi kalender tempahan yang telah disediakan oleh En. Nazrin.
2. Tempahan dalam talian dan kalender
- Selain dari tempahan melalui telefon, mereka boleh menempah sendiri dewan atau bilik mesyuarat ini melalui sistem tempahan dalam talian. Ini tidak termasuk dengan tempahan makanan.
- Setelah menempah dewan/bilik dan peralatan IT, mereka boleh menyemak tempahan mereka melalui kalender yang telah dikongsi bersama mereka.
- Kakitangan IT Services akan merujuk kepada kalender ini setiap hari untuk menempatkan peralatan komputer di tempat yang telah ditentukan.
tempahan 1 hari awal untuk mengelakkan pertindihan permintaan perkakasan adalah diwajibkan
<KE TEMPAHAN DALAM TALIAN>
Tempahan peralatan IT dan bilik mesyuarat kini boleh dibuat melalui laman khas yang boleh dicapai oleh semua orang, telah diwujudkan dan menjadi sebahagian dari laman web ktwklits.NET.
Sistem tempahan ini menggunakan salah satu aplikasi dari MSO365 bernama Bookings dan pengisian kalender tempahan akan diisi secara automatik. Dan kalender ini dikongsi dengan semua pengguna yang berdaftar untuk menyemak bilik yang hendak ditempah, dan peralatan IT apa yang hendak digunakan.
Kakitangan IT Services yang bertugas pada waktu pagi akan memeriksa kalender ini setiap pagi, dan meletakkan perkakasan yang telah ditempah di lokasi dan waktu yang diminta. Dan mengambil semula perkakasan ini setiap petang atau selepas acara atau mesyuarat telah selesai.

