SOKONGAN


<pengenalan>
Sebagai jabatan yang memberikan perkhidmatan dan servis kepada pengguna akhir, khidmat sokongan tambahan kadang kala diperlukan dari jabatan IT Services. Kerap kali jika terdapat acara besar, ataupun kecil di dewan dan bilik mesyuarat, kakitangan IT Services diperlukan sekiranya terdapat masalah atau gangguan pada sistem komputer, sistem penyiaran, audio video, rangkaian, dan sebagainya.
<mesyuarat>
Mesyuarat yang diadakan hampir setiap hari di Hospital Pakar Tawakkal sama ada di Dewan Anugerah, Bilik Hibiscus, ataupun Bilik Cemerlang, selalunya memerlukan penggunaan komputer bimbit, projektor, dan juga pembesar suara.
Mesyuarat yang rata-rata menggunakan persembahan slide dan dipancarkan ke skrin melalui projektor kadang-kala mengalami masalah, dan kami di IT Services memberikan sokongan teknikal dengan memperbetulkan permasalahan tersebut, sebagai contoh memperbetulkan tetapan ratio skrin, menghidupkan fungsi kamera dan mikrofon ketika persidangan video, dan kadang-kala memperbetulkan pembesar suara yang gagal untuk mengeluarkan bunyi.
Sokongan sewaktu mesyuarat besar yang dihadiri oleh pengurus atasan seperti Pengerusi, Pengarah, CEO, Pengurus dan sebagainya amat penting untuk memastikan perjalanan mesyuarat tersebut lancar tanpa sebarang masalah.




<acara>
Acara besar yang selalunya diadakan di Hospital Pakar Tawakkal memerlukan sokongan daripada IT Services dari segi penyediaan slaid persembahan, suntingan dan pembikinan video. Selain daripada itu, sokongan teknikal juga diberikan seperti penyediaan sambungan komputer ke projektor, penggunaan mikrofon untuk memberi ucapan, dan kadang-kala menjadi jurukamera untuk merakam momen momen tertentu.
Walaupun acara-acara besar tidak selalu dijalankan di Hospital Pakar Tawakkal, sokongan daripada IT Services amat penting untuk menjayakan acara yang telah dijadualkan.
Antara acara-acara besar yang pernah diadakan adalah seperti majlis Pedoman, Talent Time, Townhall,
<PERSIDANGAN VIDEO>
Persidangan video sudah menjadi arus perdana semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia tidak lama dahulu. Permintaan untuk penggunaan persidangan video semakin bertambah ketika pandemik dan selepas pandemik berakhir. Digunakan untuk mesyarat, latihan, dan juga untuk berkomunikasi.
Di IT Services, sokongan diberikan kepada mereka yang mahu menggunakan persidangan video dengan memberikan penerangan cara penggunaan, khidmat bantu mula, penyediaan perkakasan persidangan (seperti kamera, pembesar suara, mikrofon, dan komputer riba).




<PENGIRAAN STOK>
Setiap 6 bulan sehingga 12 bulan, satu aktiviti pengiraan stok akan diadakan oleh jabatan perakaunan untuk mengira jumlah stok yang masih ada di seluruh Hospital Pakar Tawakkal. Kami di IT Services turut mengikuti aktiviti ini di mana kakitangan IT Services yang terlibat akan diletakkan di jabatan tertentu untuk membuat pengiraan stok.