Sistem MAMS.

MAMSv1.0.24

Sistem MAMS atau Mass Alert Messaging System adalah sebuah sistem untuk memaparkan mesej-mesej penting dari IT Services berkenaan sistem, atau apa saja mesej yang difikirkan penting untuk diumumkan ke seluruh komputer di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital.

Setakat ini, sistem ini menghantar bacaan BOR pada setiap pagi ke seluruh komputer untuk memberitahu setiap pekerja tentang bancian katil semasa pada setiap jam 9:00 pagi. Selain itu, pengumuman tentang situasi pelayan setiap aplikasi seperti HITS, KCIS dan kelancaran internet juga selalu dipaparkan di MAMS ini.

Sistem ini telah dibangunkan sendiri di IT Services menggunakan pengaturcaraan Phyton. Menggunakan kaedah “server-client”, di mana ejen akan dipasang pada setiap pc yang akan menerima mesej dari pelayan yang akan menghantar mesej yang ingin dihantar. Mesej yang diterima akan mengeluarkan bunyi untuk menerik perhatian pengguna komputer. Manakala mesej itu sendiri akan dipaparkan dalam bentuk “ticker” iaitu mesej yang bergerak dari kanan ke kiri di atas skrin pengguna komputer dengan berlatar belakangkan bar berwarna biru. Mesej ticker ini akan dipaparkan bergantung kepada keadaan mesej, sama ada ianya mesej biasa, mesej untuk amaran dengan setiap perkataan berwarna kuning, dan akhir sekali mesej kritikal dengan setiap berkataan berwarna merah dan berkelip-kelip.

Selain daripada ticker, MAMS juga mampu memaparkan mesej dalam bentuk “popup”. Popup ini akan keluar dari bawah ke atas, di bahagian bawah kanan paparan pengguna komputer. Popup ini mampu memaparkan imej di dalam mesej tersebut. Imej yang dipaparkan boleh dihantar dalam bentuk statik (jpg) ataupun bergerak (gif).

MAMS ini telah diilancarkan dalam versi 1, dan penambahbaikan sistem ini masih berjalan dari masa ke semasa. Semoga sistem ini akan memberikan impak yang besar dalam memberikan perkhidmatan permesejan setempat di KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital.

Tinggalkan Komen Anda

Masukkan komen anda beserta nama, emel, dan laman web anda, dan tekan "Post Comment" :

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.