AUDIO VIDEO

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<Video>

Kadang-kala, IT Services diperlukan untuk menghasilkan video dan slaid pertunjukan yang akan digunakan untuk acara rasmi atau tidak rasmi di Hospital Pakar Tawakkal. Video dan slaid pertunjukan ini selalunya digunakan untuk pembukaan acara/majlis, dan kadangkala untuk menunjukkan beberapa informasi penting.

Selain daripada itu, IT Services juga dipertanggungjawabkan dengan penyediaan awal persidangan video terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 baru-baru ini, di mana kebanyakan syarikat, pekerja, dan orang ramai rata-rata bergantung kepada persidangan video untuk menjalankan aktiviti mesyuarat, latihan,  dan komunikasi. Kekangan untuk berada di kawasan terbuka membuatkan kebergantungan kepada persidangan video menjadi salah satu alatan penting kepada IT Services,

Penghasillan video dan slaid pertunjukan ini, selalunya dihasilkan menggunakan perisian yang disebutkan di bawah.

PERISIAN

1. Video

  • Adobe After Effects
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Premier
  • iMovie

2. Audio

  • Audacity
  • GarageBand
  • Fruity Loops

3. Slaid pertunjukan

  • MS Power Point
  • Apple Keynote
  • Google Slaid

4. Persidangan video

  • Google Meet
  • Microsoft Team
  • Microsoft Skype
  • Zoom

<audio>

Audio juga merupakan satu servis yang diberikan oleh IT Services. Penggunaan dewan dan acara-acara tertentu yang memerlukan bunyi, lagu, dan audio, selalunya akan memerlukan bantuan daripada IT Services.

Kadang-kala, penyediaan dan penghasilan audio sama ada dalam bentuk remix lagu, dubbing, runut bunyi dan sebagainya dilakukan mengikut permintaan dan masa. 

Penghasilan audio dan bunyi ini selalunya menggunakan perisian yang dinyatakan di atas.

Mixing dan ujian bunyi juga turut dibuat di dewan, bilik mesyuarat, atau tempat-tempat yang memerlukan penggunaan audio. Audio dan peralatan bunyi akan dipasang mengikut kesesuaian acara/majlis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Any technology distinguishable from magic is insufficiently advanced. ~ Barry Gehm.

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.