LATAR BELAKANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<HOSPITAL PAKAR TAWAKKAL>

Hospital Pakar Tawakkal merupakan sebuah hospital pakar swasta yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Hospital Pakar Tawakkal telah ditubuhkan pada tahun 1984 (dikenali sebagai Pusat Pakar Tawakal pada ketika itu) dengan bilangan katil sebanyak 66 buah katil.

Hospital ini adalah salah satu daripada 26 hospital yang dimiliki oleh Kumpulan KPJ Healthcare Berhad. Hospital ini mempunyai kapasiti 200 katil dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan oleh 70 pakar perunding dan disokong oleh lebih daripada 700 pekerja. 

Hospital ini menerima lebih daripada 17,000 pesakit dalam dan lebih daripada 180,000 pesakit luar setahun. Hospital ini juga mempunyai Pusat Pesakit Antarabangsa/International Patient Centre (IPC) yang dilancarkan pada tahun 2010 untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang sama kepada pesakit antarabangsa.

Sejak itu, Hospital Pakar Tawakkal semakin berkembang dan pada 2010 telah membuka satu bangunan baru sebagai tambahan pada bangunan sedia ada.

Pada masa kini, Hospital Pakar Tawakkal telah dikhususkan sebagai hospital pusat pembedahan orthopaedik dengan kemudahan Teater Pembedahan Digital yang pertama beroperasi di Malaysia.

MISI KPJ HEALTHCARE Bhd : MEMBERIKAN KUALITI SERVIS PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK

<IT SERVICES>

IT Services merupakah salah satu jabatan yang terdapat di Hospital Pakar Tawakkal. Jabatan ini diwujudkan apabila sistem digital mula diperkenalkan untuk pentadbiran dan perjalanan seharian hospital.

Diterajui oleh En. Roslan pada awal pengenalan jabatan IT Services di Pusat Pakar Tawakal (nama hospital pada ketika itu) sebagai Penyelia IT jabatan IT Services dengan pantauan dari IT ibu pejabat. En. Roslan mengendalikan sistem digital pertama hospital yang dikenali sebagai HITS (Hospital Information Technology System).  Sistem ini diugunakan untuk pengurusan pendaftaran pesakit, sistem perakaunan, sistem pengurusan pesakit dan wad, inventori, dan pelbagai lagi fitur yang amat berguna untuk perjalanan hospital.

Sewaktu jabatan ini diperkenalkan, En. Roslan telah dibantu oleh seorang Operator IT bernama En. Mazly (sudah bersara) untuk mengendalikan pelbagai permasalah komputer, sistem pencetak, dan juga sistem rangkaian.

Pada 2010,  Pusat Pakar Tawakal telah berpindah ke bangunan baru bersebelahan dan dikenali sebagai Hospital Pakar Tawakkal. Di bangunan baru ini, pelbagai sistem baru telah diperkenalkan seperti K-CIS, Infinitt, dan beberapa sistem lain yang lebih efisyen.

Seorang eksekutif telah ditugaskan untuk menguruskan jabatan IT Services ini iaitu En. Muhammad Nazrin selaku Eksekutif IT. Beliau dibantu oleh seorang Penyelia IT (En. Roslan), tiga orang Pembantu IT (En. Rosman, En. Adam, dan En. Syahmi) , dan seorang Operator IT (En. Ijann) untuk melincirkan perjalanan di jabatan IT Services.

Tugas-tugas mereka mencakupi pelbagai aspek seperti pembaikpulihan, penaiktarafan, dan penyelenggaraan komputer dan perkakasan,  penyelesaian masalah sistem seperti K-CIS dan Infinitt, pengurusan kreditasi, pengurusan sistem rangkaian, dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<K-CIS SERVICES>

Setelah berpindah ke bangunan baru bersebelahan hospital lama pada tahun 2010, satu lagi sistem baru yang digunakan untuk melancarkan perjalanan hospital telah diperkenalkan. Dikenali sebagai K-CIS (KPJ Clinical Information System), sistem ini bakal memberikan perjalanan pengurusan pendaftaran pesakit, pemesanan ubat dan servis, pengurusan pesakit, dan pelbagai lagi fitur yang lebih efisyen.

Untuk menguruskan sistem baru ini, satu unit servis baru telah diwujudkan. Dikenali sebagai K-CIS Services, unit ini akan mengendalikan pelbagai permasalahan dan persoalan yang dihadapi oleh pengguna akhir terutamanya daripada kalangan doktor. Selain dari memberikan servis ini, unit ini juga memastikan sistem K-CIS berjalan dengan lancar.

K-CIS Services ini dIterajui oleh En. Haris yang kini menggantikan Sr. Siti Rosnani sebagai Ketua K-CIS Services. Pada mulanya, Sr. Siti Rosnani adalah seorang Pengurus Unit Kejururawatan, akan tetapi Sr. Siti Rosnani mengambil alih tugas sebagai Ketua K-CIS Services setelah menjadi “champion” dalam penggunaan K-CIS selepas pengenalannya. 

Posisi beliau kini telah diambil alih oleh En. Muhamad Haris Aizuddin setelah Sr. Siti Rosnani berpindah ke ibu pejabat KPJ Healthcare dan memulakan tugas baru beliau di sana.

Selain daripada En. Haris, beliau dibantu oleh dua orang pegawai yang dikenali sebagai Pegawai IT K-CIS yang terdiri daripada Pn. Sara dan En. Amirul.

The two areas that are changing... are information technology and medical technology. Those are the things that the world will be very different 20 years from now than it is today. ~ Bill Gates

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.