LAPORAN HARIAN/BULANAN


<LAPORAN BOR HARIAN>
Selain dari laporan yang dinyatakan di bawah, IT Services juga bertanggungjawab untuk mengumumkan laporan BOR harian melalui aplikasi Ticker Tape.
Aplikasi ini akan memaparkan mesej bertatal secara memanjang di setiap komputer pengguna akhir tentang peratusan BOR harian untuk pengetahuan setiap pekerja di Hospital Pakar Tawakkal. Mesej yang tidak mengganggu pengguna ini akan dipaparkan setiap hari pada jam 9 dan 10 pagi.
Selain dari laporan BOR harian, laporan dan mesej penting lain yang hendak dipaparkan kepada pengguna akhir juga kadang-kala akan dihantar sekiranya perlu.
kaedah
1. Laporan harian
Telah menjadi tugas kepada kakitangan di IT Services untuk menyediakan laporan harian kepada beberapa jabatan lain. Laporan harian ini diambil daripada laporan yang dijana dari sistem, dan hanya kakitangan IT Services sahaja yang mempunyai akses kepada laporan ini.
Antara laporan harian yang akan dihantar dengan tangan adalah laporan penggunaan ubat-ubatan oleh jabatan Farmasi. Laporan ini akan dicetak (setiap hari) dengan kertas ply, dan dihantar oleh kakitangan IT Services yang memulakan tugas di pagi hari kepada jabatan yang memerlukan.
Selain daripada itu, laporan bancian katil harian juga akan dijana oleh sistem dan disimpan dalam bentuk digital sebelum dihantar melalui emel kepada jabatan Perkhidmatan Pelanggan.
2. Laporan bulanan
Laporan bulanan pula akan dibuat oleh kakitangan IT Services yang akan dihantar kepada ketua jabatan. Laporan ini dibuat berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan (borang selesaian masalah dalam talian) sepanjang bulan sebelum disusun dan dikepilkan.
Dua laporan yang dibuat adalah laporan “penyelesaian masalah dalam masa 20 minit” dan laporan “pemadaman kredensi”. Laporan “penyelesaian masalah dalam masa 20 minit” disediakan setiap awal bulan oleh En. Maznizan, manakala laporan “pemadaman kredentasi” pula akan disediakan oleh En. Roslan.
Laporan-laporan ini selalunya dihantar kepada En. Nazrin selaku ketua jabatan pada setiap awal bulan untuk dihantar kepada Pengurus Operasi.