PENAMAAN SEMULA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<KTSH>

Setelah berpindah ke hospital yang baru dibina, perkakasan yang digunakan di Hospital Pakar Tawakkal adalah perkakasan yang baru. Piawaian nama untuk setiap komputer masih belum lagi diseragamkan pada ketika itu kerana komputer perlu diedarkan dengan kadar segera di setiap jabatan. Disebabkan hal itu, IT Services kini mengambil inisiatif untuk menyeragamkan semua nama-nama komputer di sini.

Di antara sebab mengapa piawaian penyeragaman nama-nama komputer ini adalah:

  • Memudahkan IT Services mengenalpasti lokasi komputer di jabatan.
  • Mengenal pasti pengguna komputer.
  • Memudahkan kawalan jauh komputer untuk selesaian masalah.
  • Membuat rekod inventori komputer.

Terdapat banyak cadangan untuk penamaan piawai baru komputer-komputer ini. Namun, piawai yang telah dipersetujui adalah seperti berikut.

kaedah

1. Nama lama

KTSH-(Lokasi komputer)(Nama Indeks PC)

Contoh : KTSH-ITPC074

KTSH adalah ringkasan nama lama untuk Hospital Pakar Tawakkal. Digunakan pada awalnya untuk membezakan pelbagai komputer yang telah tersenarai di dalam pelayan Active Direktory di ibu pejabat IT KPJ Healthcare Bhd.

Lokasi komputer pula ialah lokasi di mana komputer itu diletakkan. Terdapat banyak jabatan di Hospital Pakar Tawakkal, seperti radiologi, farmasi, klinik, doktor, dan sebagainya. Jadi adalah amat penting untuk memasukkan lokasi dan kedudukan komputer berdasarkan jabatan. Ini akan mempercepatkan proses selesaian masalah sekiranya perlu mengenal pasti lokasi komputer di konsol.

Nama Indeks PC pula akan merujuk kepada nama pendaftaran awal komputer sewaktu hospital dibuka dan masih dalam keadaan baru. Bermula dengan PC001, sehinggalah yang terakhir di dalam bilangan komputer tersebut.

2. Nama baru

KTWKL-(Lokasi komputer)(Nama pengguna)(Indeks)

Contoh : KTWKL-ICCT01

KTWKL ialah ringkasan untuk Hospital Pakar Tawakkal. Ringkasan nama ini diperlukan untuk membezakan komputer di Hospital Pakar Tawakkal dengan komputer hospital lain yang ada di dalam rangkaian KPJ Healthcare Bhd. Dengan itu, IT Services dapat mengenal pasti dengan pantas.

Lokasi komputer pula ialah lokasi di mana komputer itu diletakkan. Terdapat banyak jabatan di Hospital Pakar Tawakkal, seperti radiologi, farmasi, klinik, doktor, dan sebagainya. Jadi adalah amat penting untuk memasukkan lokasi dan kedudukan komputer berdasarkan jabatan. Ini akan mempercepatkan proses selesaian masalah sekiranya perlu mengenal pasti lokasi komputer di konsol.

Nama pengguna pula adalah nama pengguna akhir atau pun posisi komputer di jabatan. Jika komputer itu digunakan oleh seorang sahaja, maka nama pengguna tersebut akan diletakkan pada piawai nama komputer. Sehinggalah dia digantikan dengan pengguna yang lain, maka nama tersebut akan diubah (dengan mencatat nama lama di dalam rekod inventori untuk rujukan).

Sekiranya komputer itu digunakan oleh ramai pengguna (berkongsi), maka posisi komputer di jabatan akan digunakan. Sebagai contoh komputer diletakkan di atas kaunter. Maka nama kaunter akan dimasukkan ke dalam piawai nama komputer berkenaan.

Kod-kod nama jabatan dan posisi telah diwujudkan oleh IT Services. Sebagai contoh di atas; IC bermakna jabatan ICU, manakala CT pula adalah kod untuk kaunter.

Indeks pula akan merujuk kepada komputer yang dikongsi atau terdapat ramai pengguna. Komputer yang dikongsi yang selalunya berada di kaunter, selalunya mempunyai 2 atau lebih komputer di situ. Jadi komputer akan dinamakan dengan mengindeks komputer mengikut jumlah bilangan. 01 di bahagian kanan, 02 di bahagian tengah (atau kiri jika hanya terdapot 2 komputer di kaunter), dan 03 di bahagian kiri.

DARI KTSH ke ktwkl

<KTWKL>

Proses penamaan semula komputer-komputer di Hospital Pakar Tawakkal masih lagi berjalan dan akan diteruskan sehinggalah kesemua komputer telah dberi nama dengan format yang baru.

Walaupun masih terdapat nama-nama komputer dengan format yang lama, kami di IT Services masih dapat meneruskan kerja dan melakukan tugas-tugas penyelesaian masalah kepada pengguna akhir. Semoga dengan penamaan semula ini akan dapat memudahkan IT Services untuk mengenalpasti dan memberikan khidmat dengan lebih efisyen di masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Technology is anything that wasn’t around when you were born. ~ Alan Kay.

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.