MENAIK TARAF

 

 

 

 

 

 

 

 

 

<LAMA>

Untuk melancarkan lagi perjalanan pengurusan di Hospital Pakar Tawakkal, sistem yang sedia ada perlu dipertingkatkan untuk penambahbaikan. Ini untuk memastikan perkakasan yang digunakan kalis masa hadapan.

Untuk tujuan ini, IT Services telah mula menjalankan projek menaik taraf perkakasan-perkakasan di Hospital Pakar Tawakkal, supaya ia seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Di antara langkah awal untuk hal ini, IT Services telah merangka pelan menaik taraf beberapa perkara seperti di bawah.

kaedah

1. Menukar pemacu

  • Penggunaan cakera keras (HDD) yang berusia lebih 10 tahun menjadikan prestasi komputer menurun.
  • Pemacu cakera keras ini digantikan dengan pemacu keadaan pepejal (SSD), iaitu piawai terbaru untuk perkakasan komputer.
  • Pemacu keadaan pepejal ini lebih laju berbanding pemacu cakera keras dari segi pemindahan data.
  • Oleh kerana ia adalah piawai terbaru, maka harganya lebih tinggi daripada piawai lama yang lebih rendah.

2. Menukar sistem operasi

  • Kebanyakan komputer yang digunakan di Hospital Pakar Tawakkal menggunakan sistem operasi Windows 7 yang mana telah dihentikan sokongannya tidak lama dahulu.
  • Ini digantikan dengan Windows 10 yang masih lagi ada sokongan untuk beberapa ketika lagi.
  • Penukaran sistem operasi ini juga bertujuan untuk membolehkan sistem berpadanan dengan keperluan perisian sistem yang lain terutamanya HITS, K-CIS, Infinitt dan sistem lain.
  • Penukaran sistem operasi ini juga untuk meningkatkan keselamatan rangkaian.

3. Menukar komputer lama

  • Komputer yang bukan jenis menara dan sukar dinaiktaraf seperti komputer semua-dalam-satu perlu ditukar keseluruhannya kepada yang baru.
  • Begitu juga dengan komputer riba lama.
  • Manakala komputer lama jenis menara atau yang berbentuk faktor kecil akan ditukarkan dengan yang baru sekiranya ia tidak lagi boleh dinaiktaraf secara komponen.

4. Sistem rangkaian dan internet

  • Menaik taraf sistem rangkaian di Hospital Pakar Tawakkal dilakukan secara berperingkat.
  • Bermula dengan penukaran titik capaian di setiap tingkat, dan juga hab rangkaian di bilik pelayan.
  • Seterusnya sistem rangkaian internet pula akan dinaiktaraf dengan melanggan pakej baru dari 2 pembekal internet berbeza.

projek penaiktarafan win7 ke win10 masih dijalankan

<BARU>

Pemacu keadaan pepejal baru yang akan menggantikan pemacu cakera keras lama ini akan dipasang dengan pelbagai perisian penting seperti sistem operasi, sistem gunaan hospital seperti HITS, K-CIS, Infinitt, anti-virus, dan pelbagai lagi perisian lain yang biasanya digunakan oleh pekerja di pelbagai jabatan di Hospital Pakar Tawakkal. Selepas ianya dipasang dengan perisian-perisian ini, pemacu keadaan pepejal ini akan disalin ke pemacu keadaan pepejal lain dan mengikut model komputer yang akan mengganti pemacu cakera keras yang lama.

Manakala komputer atau komputer riba baru yang menggantikan yang lama pula akan dipasang juga dengan perisian yang sama satu persatu secara manual, sebelum ianya dihantar untuk menggantikan komputer lama kepada pengguna akhir.

Data-data pengguna yang ada di komputer lama atau cakera keras lama akan disalin dan dibuat sandaran ke dalam folder perkongsian di pelayan, dan akan disalin semula ke dalam komputer baru atau ke cakera keadaan pepejal baru sebelum diserahkan kepada pengguna akhir. Fail-fail sandaran yang telah disalin ke folder persongsian di pelayan tadi akan dipadam selepas ianya disalin semula ke dalam pemacu keadaan pepejal yang baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Technology is best when it brings people together. ~ Matt Mullenweg.

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.