Migrasi Ke MSO365.

mso4

Satu perjumpaan dari pihak Microsoft dan kakitangan Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL telah diadakan pada hari Selasa 22hb Ogos, 2023 yang lalu untuk membincangkan tentang migrasi penggunaan aplikasi pejabat Google Workspace ke Microsoft Office 365 (MSO365). Perjumpaan ini dibuat untuk menerangkan kepada pekerja tentang rancangan Microsoft untuk memindahkan semua fail-fail kerja dari Google Workspace ke MSO365 supaya tidak mengalami masalah dalam masa peralihan ini.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh CEO Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL, En. Mohamad Sofian Ismail di mana beliau telah diberikan penerangan bagaimana dan bila pemindahan data ini akan berlaku oleh pihak Microsoft. Sesi soal jawab juga telah dijalankan untuk menjawab segala persoalan yang timbul dari pekerja.

Satu sesi tutorial penggunaan MSO365 secara maya juga telah dirancang oleh pihak Microsoft kepada pekerja Hospital Pakar Tawakkal KL untuk membiasakan pekerja dengan aplikasi ini.

Tinggalkan Komen Anda

Masukkan komen anda beserta nama, emel, dan laman web anda, dan tekan "Post Comment" :

Waktu bekerja:
Isnin-Jumat : 8:30pg-5:30ptg
Sabtu : 8:30pg-12:30tgh Ahad : Cuti

Telefon: (603) 4026 – 7777
Emel: itservices@kpjtawakkal.com

Alamat: Tingkat 11, IT Services, Hospital Pakar Tawakkal, 1 Jalan Pahang Barat, 53000 KL, WP.